20 May 2009

Katalog Baru Siri 1



Hi dan Salam.

Katalog Baru Tupperware Brands kini boleh didapati di Saga Sonic dan di semua pusat perniagaan Tupperware Brands.

Tidak seperti buku kempen yang dikeluarkan sebelum ini, katalog baru ini memuatkan lebih banyak produk harga regular berbanding produk harga offer dan juga produk keluaran terhad. Buku kempen tidak akan dikeluarkan lagi sebaliknya digantikan dengan format yang baru ini, dipanggil Siri Katalog. Bilangan keluaran juga akan hampir sama seperti buku kempen, iaitu 8 keluaran dalam 1 tahun, bermakna ada 8 Siri Katalog.
Yang pertama ini dipanggil Tupperware Brands Catalog Series 1 atau Katalog Tupperware Brands Siri 1.

Selain daripada itu, produk Tupperware Brands juga mengalami perubahan dari segi warna. Kebanyakan produk yang sedia ada telah digantikan dengan kod dan warna yang baru, dimuatkan di dalam Siri 1 ini. Isi kandungannya adalah lebih banyak berbanding buku kempen yang lepas dan lebih tebal namum saiznya adalah sama.

Katalog Siri 1 ini boleh didapati dengan harga RM0.80 senaskah. Sila klik pautan di bawah untuk versi online.

Katalog Tupperware Brands Siri 1



Terima Kasih.